CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 5, 2012

kegerhanaan bulan


diari hatiku..
tika bulan dan bintang rajin berbincang. kemarau siangku tiba-tiba menghilang.rungkaikanlah rasa redupku,tidak seredup awan yang berlalu. Bimbang pada suatu hari nanti,bimbang akan kekeringan seluas lautan biru kasihmu padaku. Antara cinta dan harapan dan antara kasih dan kasihan, janganlah aku kau tinggalkan..

Tiada yang kekal selamanya namun cintaku akan terus hidup sehingga ke detik yang paling lama. Akanku lukis namamu dikaki senja, apabila jauhnya pergi wajahmu secantik cinta. Dimana warna pelangi? tika kau tiada disisi? kita sehati sejiwa, berduka, ketawa selalu bersama. Suka menghitung hari dihujung jari jemari. Suka membilang waktu ketika sebanyak mungkin dilafazkan...aku cinta padamu!

Sayangku..
Seperti kelip-kelip terbang malam mencari erti diri sebelum siang menjelma lagi. Berlagu bersama ombak, bernyanyi bersama badai kerana kasih tidak berbahagi, sayang tidak terperi. Kita bercinta bukan untuk sementara tetapi untuk selama-lamanya.


0 comments:

Post a Comment